Sudah lebih 50 tahun PAS bertapak di bumi Malaysia dengan keahlian hampir mencecah sejuta orang. PAS telah melalui zaman naik turun dalam persada politik Malaysia. Kemuncak kegemilangan PAS adalah selepas PRU 12 apabila memenangi 23 kerusi parlimen dan dapat menawan Kedah serta mengekalkan Kelantan dengan kemenangan bergaya. Kejayaan menembusi negeri-negeri lain walau tidak dapat menubuhkan kerajaan merupakan satu pencapaian yang membanggakan. Sayugia para pendokong PAS harus sedar bahawa kemenangan yang dinikmati sekarang bukan bersifat kekal. Jika para pejuang yang telah diberi amanah oleh rakyat gagal menjalankan amanah mereka sudah tentu rakyat akan kecewa dan bukan mustahil kekecewaan itu diterjemahkan melalui penolakan dalam PRU 13 akan datang. Kita tidak boleh terlalu berharap kepada fenomena sentimen penolakan rakyat terhadap UMNO-BN semata-mata. PRU 12 yang lalu membuktikan bahawa sebahagian besar orang-orang melayu khususnya peneroka felda, masyarakat kampung dan golongan oppurtunis masih mengundi UMNO-BN. Kesetiaan peneroka felda dan masyarakat kampung kepada kerajaan sekarang adalah disebabkan oleh taraf pendidikan mereka yang minima. Dengan pendidikan yang minima maka orang-orang melayu mudah digula-gulakan dengan berbagai janji kemajuan yang bersifat abstrak. Apakah yang dapat difahami oleh orang kampung berkenaan belanjawan negara yang mana sumber beritanya hanya TV tigasuku atau sekadar pembacaan Utusan Meloya dan Berita Hairan semata-mata? Apatah lagi bila dimomokkan dengan angka berbilion ringgit yang kononnya untuk rakyat jelata.Walhal jika dihitung, dikira sebenarnya tiada apa yang dapat dinikmati secara langsung olah rakyat bawahan dikampung-kampung dari belanjawan yang dibuat oleh kerajaan setiap tahun. Rakyat makin terhimpit oleh berbagai kenaikan manakala golongan opportunis dan kapaitalis yang mempunyai hubungan akrab dengan kerajaan mendapat keuntungan secara langsung dari projek-projek rakyat tadi.
Di manakah seharusnya para pejuang PAS mesti berada pada ketika ini? Di pentas-pentas ceramah dengan baju batik yang cantik-cantik atau dalam bilik-bilik seminar mendengar ucapan motivasi yang berapi-api kemudiannya dingin beku selepas dua tiga hari. Barangkali juga sedang bermesyuarat tujuh lapan jam untuk merangka gerak kerja yang akhirnya satu keputusan sahaja yang terlaksana manakala lapan lagi tergendala. Bahkan mungkin juga masih ada kawasan yang masih lagi terkial-kial mencari formula untuk menghadapi kemelut dalaman pra kemenangan.Rakyat akan menilai kebolehan kita dan malangnya kebanyakan penilaian rakyat berpandukan pada neraca TV tigasuku serta komponennya yang dibedung oleh UMNO-BN. Jika kita mahu mendapat penilaian yang adil dari rakyat maka kita mesti bekerja lebih bijak, lebih kuat, lebih baik, lebih hebat, lebih jujur dan lebih segala-galanya berbanding UMNO-BN. Maka tidur kita harus dikurangkan, ibadat ditingkatkan, was-was dihilangkan, keyakinan kepada janji Allah di suburkan, sifat jumud jangan dibiar bersarang bahkan hiasai dengan sifat kasih sayang, keterbukaan dan bergeraklah secara amal jamai'i. Penuhilah diri kita setiap para pejuang gerakan Islam ini dengan sifat-sifat yang seharusnya dimiliki oleh seorang hizbullah dan jauhilah sifat-sifat hizbussyaitan.
Sekarang adalah masa untuk kita turun ke padang bertemu rakyat sama ada di kedai kopi, di stadium, di shopping complex bahkan mungkin di pintu-pintu panggung wayang malah di mana sahaja agar dakwah dapat kita sampaikan. Bagaimana rakyat nak menyokong PAS jika kita dilihat sebagai musuh mereka? Golongan muda adalah bakal penentu kerajaan seterusnya melalui undi mereka. Apakah kita masih mengkelaskan golongan ini kita dekati dan golongan itu biar PKR atau DAP yang urusi. Inilah saatnya kita harus memulakan usaha untuk membuktikan bahawa PAS adalah satu-satunya wadah alternatif kepada UMNO yang relevan untuk semua kaum dan agama di Malaysia tercinta ini.Para pejuang gerakan Islam sekelian, bangunlah dari lena yang panjang, iltizamlah untuk menyusun gerak kerja yang teratur, majulah dalam barisan yang tersusun, gempurlah UMNO-BN untuk menegakan kebenaran di bumi Allah ini.
Wednesday, October 27, 2010
Wednesday, October 6, 2010
Saturday, September 18, 2010
Musa tepis cerita masalah BN Sabah
sumber: http://malaysiakini.com/news/142962
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman sekali lagi menepis cerita-cerita mengenai permasalahan dalam BN negeri, sambil berkata parti-parti komponen di Sabah sentiasa mempunyai hubungan yang baik dan saling berkerjasama antara satu sama lain.
"Dari mula lagi saya melihat tidak ada masalah sebenarnya yang berlaku dalam BN Sabah. Kita sentiasa bersatu, bekerjasama dan faham memahami dan menghormati antara satu sama lain.
"Mungkin ada orang tertentu (berlainan pendapat), tapi bagi kita saya katakan yang
penting bukan individu tetapi perjuangan parti...Jadi kita sedia berunding, kita sedia berbincang, tidak ada masalah," kata Musa yang juga pengerusi BN Sabah ketika ditemui di rumah terbuka Hari Raya anjuran Umno bahagian Kota Kinabalu hari ini.
Musa diminta mengulas kenyataan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Liew Vui Keong semalam, yang menggesa parti-parti komponen BN negeri mengetepikan perselisihan dan bekerjasama untuk terus mendapatkan sokongan rakyat Sabah, supaya sama-sama memastikan kemenangan di pilihan raya umum akan angdatang.
Liew membuat gesaan itu sebagai respon terhadap nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengamalkan prinsip kerjasama dan semangat BN ketika menangani masalah dengan rakan komponen BN yang lain.
Timbalan presiden LDP Datuk Chin Su Phin baru-baru ini menyuarakan ketidakpuashatian, di mana katanya mereka tidak dapat bekerjasama dengan Musa namun akan terus bekerjasama dengan Umno dan setia dengan BN.
Berikutan itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Peter Pang En Yin mengumumkan beliau berundur daripada LDP dan meletakkan jawatan sebagai naib presiden parti itu. Musa mengekalkan beliau dalam kabinet negeri buat masa ini sehingga perbincangan antara rakan komponen lain dibuat.
"Seperti apa yang saya katakan selalu, apa juga masalah dalam BN kita boleh bincang bersama dan selesaikan bersama.
"Yang penting saya katakan khususnya kepada ahli-ahli Umno, bahawa kita mesti mengutamakan perjuangan parti bukannya mementingkan peribadi...supaya apa juga masalah yang ada kita boleh selesaikan dengan baik, itu cara kita," tegas Musa.
Ditanya sama ada beliau memberi tarikh akhir kepada Pang untuk menyertai mana-mana parti, Musa berkata tidak ada tempoh masa diberikan.
Sementara itu setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan ketika ditanya tarikh mesyuarat BN negeri yang seterusnya, berkata mereka belum lagi memilih tarikh tetapi akan mengadakannya selepas memperhalusi penubuhan jawatankuasa kecil yang telah dipersetujui pada mesyuarat 24 Ogos lalu.
"Mesyuarat BN akan datang akan mengemukakan struktur jawatankuasa kecil itu, yang akan mengambil sedikit masa kerana kini Hari Raya, apabila ia telah dilakukan saya pasti kita akan memanggil mesyuarat BN negeri akan datang," katanya.
Jawatankuasa kecil itu dikatakan akan membincangkan isu-isu penting berkenaan Sabah, seperti masalah pendatang tanpa izin (Pati).
Abdul Rahman juga menjelaskan setiap komponen parti diberikan masa yang cukup untuk menyuarakan pendapat masing-masing dalam mesyuarat BN negeri itu, namun terdapat kekangan masa untuk membincangkan semua isu.
"Anda mesti faham bahawa perbincangan secara terbuka diadakan antara Pengerusi BN negeri (Musa) dan parti komponen lain pada setiap masa, jadi ia bukan hanya dalam mesyuarat BN (mereka boleh cakap)," katanya.
Chin mendakwa antara sebab LDP tidak sanggup bekerja denga Musa adalah kerana tidak puas hati dengan perjalanan mesyuarat pada 24 Ogos lalu, di mana pandangan pemimpin komponen lain tidak mendapat ruang.
--Bernama

Sabah promised autonomy under Pakatan rule
By Queville To and Dominic Legeh
KOTA KINABALU: Autonomy will be granted to Sabah when Pakatan Rakyat comes to power, the top leaders of the opposition coalition promised yesterday, the eve of Malaysia Day.
Anwar Ibrahim followed by Lim Kit Siang and Nasharudin Mat Isa of PKR, DAP and PAS respectively also pledged to grant Sabah political independence during a special gathering here to formally launch Pakatan Sabah, the opposition coalition.
Earlier, Anwar said the launch of Pakatan Sabah is the start of granting Sabah full autonomy to manage itself within Malaysia, a demand the people in the state have been making for 47 years since independence from Britain in 1963.
“Sabah affairs will be determined by Sabah,” he said, adding that the coalition would not in any way condone nor tolerate abuse of power or corrupt practice.
He also said Pakatan is committed to defending the constitutional rights of all Malaysians, unlike the Umno-led Barisan Nasional coalition which is still defending the NEP, which essentially benefits only a certain race or ethnic group in the country.
Anwar also warned of the worsening political and socio-economic situation in the country under the 53 years of BN rule, saying the people must rise to reject the corrupt regime.
He said the people must reject Umno because "it is corrupt, racist, and arrogant".
'People have voice and power'
Describing it as a “battle of two forces” -- “the people versus the corrupt regime” -- Anwar warned that the present regime must not underestimate the wisdom of the masses.
“The people have the voice and power,” he said.
The supportive crowd of close to 1,000 guests applauded Anwar, Lim and Nasharudin when they likened the coming Umno-BN versus Pakatan fight as a battle for justice, compassion and meritocracy against that of race and religion.
“Our understanding is not race but justice for all,” Anwar said to applause.
A victory over the ruling BN coalition in the coming general election would be a victory for the people and not any individual political party, he added.
He also said meritocracy is important for the country to progress and to be able to compete with the rest of the world.
But he assured that the poor and needy would not be neglected as it is the duty of the government to protect them.
Anwar is convinced that the Sabah Pakatan Rakyat secretariat will help consolidate the opposition coalition to better develop the state.
Present at the function were Penang Deputy Chief Minister Mansor Othman, PKR vice-president Azmin Ali, DAP MPs Lim Lip Eng (Segambut) and Teo Nie Ching (Serdang) , Sabah DAP chief-cum-MP for Kota Kinabalu, Dr Hiew King Cheu, its deputy president-cum-Sri Tanjung assemblyman, Jimmy Wong, and its publicity secretary, Dr Edwin Bosi.
Sabah PKR leaders who were also in attendance were Ahmad Thamrin Jaini, Jeffrey Kitingan, Ansari Abdullah, among others.
sumber:http://dapsabah.org
Sunday, July 4, 2010
Salahkah Kalau PKR Berikan Wang Kepada Raja Petra?
MENURUT Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamad Nazri Aziz beliau ada bukti yang PKR telah memberi wang sebanyak RM500,000 kepada bloger Raja Petra Kamaruddin. Perkara itu juga turut diakui oleh Najib Razak hari ini. Cara isu pemberian wang itu didedahkan seolah-olah tindakan itu satu kesalahan. Baik Nazri maupun Najib seakan mahu mempengaruhi orang ramai supaya marah kepada Raja Petra dan PKR.
Najib telah meminta pihak berkuasa menyiasat apakah tindakan itu satu kesalahan atau pun tidak.
Kenapa begitu dangkal sekali pemahaman politik dan mengenai undang-undang negara ini oleh Nazri dan Najib. Apakah mereka sedar hakikat di sebalik itu cuma sengaja mahu mainkan perkara itu sebagai isu. Kalaulah benar dakwaan mereka itu apakah salah kalau PKR memberikan wang kepada Raja Petra untuk menguatkan partinya di samping memburukkan UBN. Tindakan ada adil. Dalam politik sekular apa juga urusan dihalalkan.
Apakah Umno juga tidak berbuat perkara yang sama? Tidak pernah mengupah atau menggunakan apa-apa agensi atau perantaran untuk membantu mereka? Bolehkah Nazri atau Najib membuktikan bahawa UBN adalah sebuah badan siasah paling bersih?

Subscribe to:
Posts (Atom)