Sunday, July 4, 2010

Salahkah Kalau PKR Berikan Wang Kepada Raja Petra?

MENURUT Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamad Nazri Aziz beliau ada bukti yang PKR telah memberi wang sebanyak RM500,000 kepada bloger Raja Petra Kamaruddin. Perkara itu juga turut diakui oleh Najib Razak hari ini. Cara isu pemberian wang itu didedahkan seolah-olah tindakan itu satu kesalahan. Baik Nazri maupun Najib seakan mahu mempengaruhi orang ramai supaya marah kepada Raja Petra dan PKR.

Najib telah meminta pihak berkuasa menyiasat apakah tindakan itu satu kesalahan atau pun tidak.

Kenapa begitu dangkal sekali pemahaman politik dan mengenai undang-undang negara ini oleh Nazri dan Najib. Apakah mereka sedar hakikat di sebalik itu cuma sengaja mahu mainkan perkara itu sebagai isu. Kalaulah benar dakwaan mereka itu apakah salah kalau PKR memberikan wang kepada Raja Petra untuk menguatkan partinya di samping memburukkan UBN. Tindakan ada adil. Dalam politik sekular apa juga urusan dihalalkan.

Apakah Umno juga tidak berbuat perkara yang sama? Tidak pernah mengupah atau menggunakan apa-apa agensi atau perantaran untuk membantu mereka? Bolehkah Nazri atau Najib membuktikan bahawa UBN adalah sebuah badan siasah paling bersih?